This blog is created for the purpose of compiling my real life experiences in the journey toward my career advancement and achievement and in search of truth in life

Friday, May 22, 2009

Proposed Plant Setup and Moulds

Perancangan, pembangunan produk, perniagaan, pemasaran berada dalam supply chain cycle. Kesemua faktor ini akan mewujudkan satu ekonomi perniagaan dan mempunyai hubung kait dengan prinsip 10/90 yang telah saya perjelaskan lebih awal.

Disini saya ingin menekankan tentang penciptaan produk pembinaan yang bakal mewujudkan sistem kewangan ataupun how to turn crisis into income opportunity. Penjelasan yang lebih mudah, bagaimana saya mengunakan modal sebanyak RM500,000 bagi mencipta pasaran bernilai RM5,000,000. Inilah prinsip 10/90.

Saya mulakan dengan andaian bahawa saya mempunyai RM500,000 bagi menyediakan perkara-perkara yang berikut dan seterusnya akan saya huraikan tentang kos pembangunan produk, pembuatan dan pengeluaran, perbandingan dengan produk-produk yang lain di pasaran dan potensi perniagaan di dalam dan di luar Malaysia.

Kos Pembangunan
  • 1 set UEM LiteTechs UEM1200 mixer dan conveyor belt = RM120,000
  • 10 set acuan UEM LiteTechs 1cum = RM 50,000
  • Lain lain peralatan = RM 50,000
  • Jumlah = RM220,000

Kos Operasi dan Pembuatan

Bagi menghasilkan 1cum produk UEM LiteTechs blocks dengan kepadatan 1,000kg/cum, perincian harga bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • beg simen 7 beg (350kg) @ RM14/beg = RM 98.00
  • pasir halus 340kg @ RM0.06/kg = RM 22.40
  • air 180kg = RM 0.40
  • UEM108 Foaming Agent 1.2 litres = RM 13.20
  • campuran kimia dan additif = RM 12.00
  • penyelia kilang dan 5 buruh kasar @ cum = RM 16.00
  • bil letrik = RM 1.00
  • lain-lain kos, selenggaraan = RM 2.00
  • jumlah = RM 164.64/cum
  • dimensi 1 block, 600 x 200 x 100mm = 0.012cum.
  • kos 1 block, RM164.64/cum x 0.012cum = RM1.98/block
  • RM164.64/RM1.98 akan menghasilkan 83 blocks
  • 1m2 memerlukan 8.3 blocks, 8.3 blocks/m2 x RM1.98/block= RM16.43/m2

Perbandingan Harga Dengan Produk Jenama Lain (sqm)

  • Acotec Panel RM 35.00
  • Cavity Dry Wall Panel RM 95.00
  • FastWall Panel RM 30.00
  • UEM LiteTechs Block RM 16.43
  • CSR Lightweight Blocks RM 27.06
  • Clay Bricks RM xxxx (non-lightweight)
  • Cement Sand Bricks RM xxxx (non-lightweight))

Potensi Perniagaan Dalam Negara

  • Cadangan Kem Batallion Askar Setiap Parlimen, RM 80mil
  • Pembangunan Ibupejabat Bank Rakyat, RM 10mil
  • Cadangan 1,500 Unit "Iskandar Housing" Secara IBS, RM 15mil
  • Cadangan 734 Unit Kuarters Kerajaan di Precinct 17, Putrajaya, RM 8mil
  • Stesyen LRT Subang - Puchong - Cheras, RM 20mil
  • Cadangan Pembangunan MEDINI, RM 70mil
  • Stesyen EDT Ipoh - Padang Besar, RM 50mil
  • Kebuk Kabel Komunikasi EDT Ipoh - Padang Besar, RM100mil
  • Projek Terbengkalai SPNB Seluruh Malaysia, RM 100mil
  • Pembangunan dan Kemudahan Sekolah Satu Sesi, RM 60mil

Potensi Perniagaan Luar Negara

  • Penempatan Jemaah Haji & Umrah di Mecca, USD 100mil
  • Saudi Arabia National Guard Complex, USD 150mil
  • MRT Stations in Mecca, USD 80mil
  • Highspeed Railway Madinah - Jeddah - Mecca, USD 200mil
  • Women University, USD 1oomil
  • Government Staff Quarters in Brunei Darussalam, USD 200mil

Saya pasti anda telah memahami economy creation melalui prinsip 10/90 yang telah saya huraikan di atas. Anda boleh mengambil sebarang model atau produk dan aplikasikan konsep 10/90 dan lihatlah hasilnya. Untuk maklumat tambahan, anda boleh menjelajahi laman blog saya muslimvillage.wordpress.com dan fx070707.blogspot.com untuk memahami sejarah penciptaan sistem kewangan. Anda perlu sentiasa ingat bahawa produk hanyalah direka sebagai landasan perkembangan ekonomi.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

salam..saya Hanan Sharifah dari Politeknik Port Dickson...saya nak tanya di mana saya boleh dapatkan foaming agent yang digunakan dalam lightweight foamed concrete tu??? saya sekarang sedang cari bahan-bahan yang penting untuk projek akhir semester...harap tuan boleh bantu... terima kasih...

January 10, 2011 at 12:25 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home